MAHASISWA MSU

  • Satu pukulan, tiga jawapan...

    Pada suatu hari, tiga orang kafir zindq melihat seorang tua sedang tidur di bawah sebatang pokok. Mereka berpakat menganggunya. Mereka kemudian membangunkan orang tua itu dan mengajukan soalan-soaln berat untuk dijawabnya. 

    Tanya si kafir zindiq pertama: "Saya tidak dapat melihat Allah, bagaimanakah saya mesti beriman?"

    Kafir zindiq kedua pula berkata: "Bagaimana Allah boleh menghisabku dan manjatuhkan azab kepadaku?bukankah semua amalankan telah ditakdirkan oleh-Nya?"

    Yang ketiga pula mengajukan soalan: " Bukankah jin itu diperbuat daripada api? Bagaimana dia boleh diseksa di dalam api?"

    Mendengar soalan-soalan tersebut, orang tua itu mengambil tanah liat untuk memukul mereka. Bagaimanapun tindakan orang tua itu menyebabkan dia ditangkap dan diadukan kepada hakim. Dihadapan hakim, orang kafir zindiq itu berkata: " Kami mengajukan 3 soalan kepada orang tua ini, tetapi dia tidak menjawabnya, sebaliknya memukul kami dengan tanah liat. 

    Maka hakim bertanya:... " Mengapa kamu memukul mereka bertiga? Malah tidak menjawab soalan mereka?" 

    Jawab orang tua itu: " Saya telah menjawab soalan-soalan mereka itu. Orang yang pertama menyata dia tidak beriman kepada Allah kerana tidak dapat melihat-Nya lantas saya memukulnya. 
    Kata orang itu: " Ya kamu telah menyakitiku".
    Balas orang tua itu: " Apabila kamu berasa sakit, maka di manakah sakit itu? Selama saya tidak dapat melihat rasa sakit itu, bermakna kamu tidak sakit."

    Kata orang kedua pula:" Tetapi kenapa kamu memukul aku juga?"
    Jawab orang tua itu:" Awak bertanya bagaiman Allah boleh menghisab amalan kamu yang telah ditakdirkan-Nya. Dan Allah telah mentakdirkan bahawa saya harus memukulmu, maka kenapa mengeluh?"

    "Dan orang ketiga telah bertanya kepadaku bagaimana Allah menyeksa jin di dalam api neraka sedangkan mereka diperbuat daripada api. Maka saya memukulnya juga.Bukankah awak diperbuat daripada tanah liat? Bagaimana sekeping tanah liat boleh menyakitimu?Begitu jugalah dengan cara penyeksaan Allah terhadap jin dengan api neraka, sedangkan mereka diperbuat daripada api".

0 comments:

Leave a Reply

Jangan Lupa sahabat...

Jangan Lupa sahabat...

Perhatian untuk ahli PMIMSU

jom berbual sebentar

PmiMsu
hubungkan kami

demi masa

ayat2 cinta